26 December 2011

Tanjung Simpang Mangayau @ Tip Of Borneo



Ini merupakan tahun ke-5 percutian keluarga dianjurkan.  Mengikut perancangan awal percutian keluarga kali ke tempat yang berdekatan sahaja (kurang 3jam memandu)  iaitu sama ada ke Tawau atau Semporna.  Namun 4 hari sebelum berangkat rancangan telah berubah 360 darjah iaitu ke Pitas sambil menikmati pagi di bagang sekitar perairan Pitas.  2 hari sebelum berangkat perancangan berubah lagi.  Langkah semakin jauh. Destinasi akhir yang sememangnya sudah lama ingin pergi tapi seringkali tidak mendapat persetujuan ramai iaitu ke Tanjung Simpang Mangayau, Kudat dengan pemanduan sekurang-kurangnya 8jam via Sapi Nangoh Highway. 

19.12.2011 

Persediaan perjalanan seawal 6.00 pagi dilakukan.   Kali ini ramai anggota keluarga yang tidak dapat pergi bersama dan bererti ini percutian dengan penyertaan yang paling kurang.  23 orang sahaja dengan 4 buah kenderaan dan kanak-kanak adalah yang paling ramai sekali. Rasa macam lawatan sekolah pula.

Bertolak dari Kinabatangan ke Pitas via Sapi Nangoh


Laluan ini sangat menguji pemanduan terutamanya merentasi jalan bukit ular sehingga ke daerah Pitas.  Melalui selekoh dan cerun tajam tanpa henti sepanjang 3jam perjalanan.

Setelah 5 jam perjalanan akhirnya sampai ke destinasi pertama, PITAS


Bagi saya Dataran Bengkoka ini sesuai untuk Pit Stop tetapi malangnya tidak begitu terurus.   Rumah yang ingin kami singgahi hanya 2 minit perjalanan ke dataran ini yang merupakan perkampungan nelayan yang mengusahakan 'bagang' (salah satu kaedah penangkapan ikan).   


Malangnya bulan Disember bukanlah masa yang sesuai kerana pada waktu ini air laut senantiasa bergelora dan mengalami air pasang laut yang panjang.  Jika kena masanya beranda ini akan dipenuhi dengan jemuran ikan dan suasana pada waktu pagi sekitar 6.30pagi yang sangat menarik untuk melihat aktiviti nelayan sambil menikmati matahari terbit.


Sekiranya air surut deretan 'bagang' akan kelihatan lebih jelas.

Pada awalnya kami bercadang menginap di sini sebelum meneruskan perjalanan esok.  Tetapi memandangkan tidak banyak aktiviti riadah yang boleh dilakukan, akhirnya perjalanan ke Kudat diteruskan.

Perjalanan ke Tanjung Simpang Mangayau mengambil kurang lebih 2 jam .  Laluan tidak seperti yang dijangkakan.  Sebenarnya ada 2 laluan untuk ke sana dan yang lebih baik ialah melalui Jalan Pantai Bak-Bak.
Namun memandangkan kami datang dari arah Kota Marudu ke Kudat, maka laluan yang kami lalui iaitu sepanjang jalan kampung yang sempit dan melalui pendakian.  Salah satu kenderaan kami sesat selama hampir 2 jam kerana silap memilih jalan dan lebih parah liputan telefon yang sekejap ada sekejap tiada. 


Laluan yang lebih mudah; Jalan Pantai Bak-Bak

Setelah bertanya dengan penduduk sekitar, kami sampai di destinasi sekitar jam 5.40 petang.  Sangat teruja apabila melihat pantai Kalampunian dari kejauhan. 


Terdapat beberapa penginapan di sini. Setelah 'survey' akhirnya kami memilih bermalam di BorneoTip Beach Lodge sahaja.  


2 pesanan:

  1. Akak tak tau pulak nma pantai tu Kalampunian, susah nak ingat ni. Dah 3 kali kesini, suka sgt tp akak tak tdo tepi pantai tu. Masa tu tak siap lg chalet, ingat nk pegi juga bila lapang, nak mandi laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami belasah je bermalam kat chalet area ni coz sampai dah masuk wkt senja.

      Delete

daun pisang daun kelor, terima kasih atas komentar.