J
enama adalah satu hal yang sangat signifikan dengan profesionalisme. Secara teorinya jenama adalah satu kombinasi elemen visual dalam mengidentifaksikan sesebuah produk atau perkhidmatan sebagai salah satu kaedah pemasaran yang ampuh. Suatu jenama yang baik haruslah memilki ciri seperti mudah untuk diingati, unik dan selamat. Keupayaan sesuatu jenama dapat dilihat dari kebolehpercayaan, kejayaan dan personaliti yang memerlukan komitmen yang jitu terhadap seluruh proses penjenamaan dalam penyediaan produk atau perkhidmatan tersebut. Maka tidak hairanlah jika ia perlu dipatenkan.

Hakikatnya jenama adalah satu NAMA. Meski keduanya berbeza namun berumbi dari akar yang sama.
Pepatah melayu ada mengatakan; “Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama”. Perumpamaan ini sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya nama. Jika difikirkan semula manusia dilahirkan awalnya tanpa nama. Semasa dirahim ibu lagi , ibu bapa sudah sibuk memilih nama si anak. Dengan adanya nama seseorang, benda dan seluruh mahkluk didunia ini mudah untuk dikenal pasti, dipuji dan dicaci.
“Bunga Raya Wawasan 2020”. Ini bukan slogan melainkan nama yang diberikan oleh ibubapa rakan sekolahku kepada bayi mereka. Cukup patriotik bukan? Sayangnya nama ini telah ditolak oleh pihak JPN. Jika tidak nama bayi tersebut mungkin saja merupakan hak esklusif kerana pastinya satu-satunya nama yang sedemikian di Malaysia atau juga di dunia. Persoalannya wajarkah nama dipatenkan. Jikalau ya:-
~ jenuhlah para ibu bapa mencari nama yang unik dan tidak ada duanya.
~ banyaklah pula nama yang pelik-pelik
~ berapa banyak saman yang perlu dijelaskan
~ bercambahnya badan penyiasat mencari asal usul sesebuah nama.
~ tidaklah menghairankan jika berjumpa dengan orang yang TANPA NAMA
Nota: try konon cari nama yang sama denganku di facebook. Adoi....banyak betol.sapa yang menciplak sapa yang diciplak ni. perlukah dipatenkan?lalu....ADA APA DENGAN NAMA?

Apa ada pada nama.....
ReplyDeleteaik, wah tanya ...lu tanya balik lak.
ReplyDelete