03 September 2009

Menggigil

"Wuiiii, ndak tahan sudah aku"
  "Kenapa D"  
"Mau buka PUASA, bah"
"Aahhh, buka puasa?????"  
"Iya, menggigil sudah lutut ni. Ndak tahan aku, baru pukul 9 pagi ni. Mau pigi beli makananlah"

 
Aku dengan rela hati menemaninya membeli sedikit makanan untuk sarapannya pagi ini. Keletahnya membuatku tertawa. D temanku seorang ini memang sedang menggigil kelaparan. Kesian dia. Dalam pada itu aku juga sebenarnya kagum. Kagum dengan keinginannya untuk mencuba. Menurut ceritanya, subuh tadi dia bersama teman serumahnya bersahur seawal pukul 3 pagi. Mengantuk katanya. Tapi mereka gagahkan juga hanya semata-mata ingin mencuba. D dan teman serumahnya yang merupakan penganut kristian katolik yang taat ....ingin turut merasai pengalaman berpuasa di bulan ramadhan. Seronok katanya melihat kami terutamanya ketika berbuka puasa dan ingin mengetahui sendiri bagaimana kami teman islamnya mampu melaksanakan tugas walaupun dalam keadaan lapar dan dahaga. Aku bertambah-tambah kagum hari ini melihatnya dengan ringan tulang membantu menyelesaikan setiap tugas yang aku lakukan. Terima kasih D, ringan sikit kerja aku.
hepi 'o'

"Ndak apalah nanti ko penat. Berdosakan kalo ndak puasa" katanya lagi.

4 pesanan:

  1. hehe.. bagus lah ada kawan pelbagai agama dan bangsa 1malaysia betol! ekekeke..

    p/s- roti canai tu chantek betol!!! gila cun..

    ReplyDelete
  2. ko jgn tergoda plak. posa 'o'.
    btw thanks 4 droping by.

    ReplyDelete
  3. wah..baek at nye sahabat awk..")

    ReplyDelete

daun pisang daun kelor, terima kasih atas komentar.